toolbar powered by Conduit

KITA LIVE 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

INFO KITA


Assalamualaikum

Dengarkan Radio KITA 24 jam sehari 7 hari seminggu

Selamat Mendengar.

Sebarang komen dialukan untuk memantapkan lagi siaran. Jika ada bahan yang sesuai untuk disiarkan, sila kirinkan kepada KITA sattar4@gawab.com . Seelok-eloknya dalam bentuk MP3.

Chat KITA

SMS Chat

Derma Ikhlas

Rm134090 dperlukan. Mohon sumbangan ikhlas dana SEKOLAH TAHFIZ penubuhan sri al-hafidz dbandar sierra kk. Bimb no akaun. 10 016 01 007821 0. Sebarkan
Published with Blogger-droid v1.6.4

HANTU MANA CURI WANG ZAKAT KITA

Dipetik dari malaysiakini

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan
eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin
lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena
dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di
negara.


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara -
antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa
dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan
sejauh mana ketepatannya.


"Ya, Itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak.
Namun, kita terpaksa nyatakan.


"Apa Tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya
diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita
lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang
terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang
dilaporkan media baru-baru ini.


"Ke Mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama
di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


Menurut Laporan
Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu,
70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam
Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP
mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus
merempat


Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada
Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265
seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin
ditinggalkan.


Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir
RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai
RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi
kapasiti tangki.


Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata,
pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika
ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus
menderita dan merempat.


"Hantu Manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita,
sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan
siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai
berserban?


"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama
Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian,"
katanya dengan nada sinis.


Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan
kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah
semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan
pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan
umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf
amilin


"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang)
didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan
kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.


"Apa Yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati
terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ
(Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai
negeri.


"Adakah Wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan
umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil
kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat),
sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil
berlebihan," kata Dr Mohd Asri.


Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis
keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti
"institusi-institusi yang berjenama agama".


"Ia Akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut
menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini
yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang
meragukan," katanya.


Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah
pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang
boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.


"Itu Pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran
yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama
akan berulang," tambahnya lagi.
—----------------------------
ULASAN

Di antara 15 perkara yang disebut dalam hadis mengundang bala ialah apabila zakat dijadikan barang dagangan untuk mendapat keuntungan.

Wang zakat ini milik 8 asnaf yang disebutkan dalam Quran. Ini bermakna tiada siapa selain mereka yang layak menggunakannya. Haram bagi mereka yang diluar dari 8 asnaf ini menukmati hasil zakat.

Apa yang berlaku sangat mengecewakan dan tidak patut berlaku kepada sebuah negara yang kerajaannya hari-hari melaungkan kita adalah sebuah negara Islam contoh.

Betapa ramai faqir miskin makin merempat, para pelajar di dalam dan luar negara yang tidak cukup sara hidup. Bila memohon bantuan dari mana-mana pusat zakat, bykan main ketat lagi syaratnya.

Dalam masa yang sama, para pengurus dan pegawai zakat membolot wang dengan berbagai program dan projek kononnya mengembangkan dana. Mereka tidak segan silu membazirkan wang zakat ketika mereka membacakan ayat-ayat suci meminta umat Ilam memberi zakat kepada pusat zakat.

Akhirnya wang zakat menjadi dana kekayaan para pegawai yang langsung tiada kaitan dengan 8 asnaf.

Benarlah kata hadis, jika wang zakatpun mereka tidak tau menguruskannya, memang patut bala Allah menimpa.
Published with Blogger-droid v1.6.3