toolbar powered by Conduit

KITA LIVE 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

INFO KITA


Assalamualaikum

Dengarkan Radio KITA 24 jam sehari 7 hari seminggu

Selamat Mendengar.

Sebarang komen dialukan untuk memantapkan lagi siaran. Jika ada bahan yang sesuai untuk disiarkan, sila kirinkan kepada KITA sattar4@gawab.com . Seelok-eloknya dalam bentuk MP3.

Chat KITA

SMS Chat

Ramadhan Kareem

ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻛﺮﻳﻢ

Published with Blogger-droid v2.0.6

Radio Kita beroperasi semula

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kini Radio Kita mula beroperasi seperti biasa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Radio KITA tergendala siaran sementara.

Dukacita dimaklumkan siaran Radio KITA terpaksa dihrntikan siarannya buat seketika disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.

Kami sedaya upaya berusaha memulihkan siaran seberapa segera. Segala kesulitan amatlah dikeaalkan dan pihak Radio KITA memohon berbanyak kemaafan.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Qudwah

Published with Blogger-droid v2.0.5

Wallpaper

Hadiah untuk anda dari KITA

Tukarkan kepada Hari Suami Isterupi

NO!!!

Radio Kita beroperasi semula

Sekian lama Radio Kita tidak dapat bersiaran. Ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Kini Radio Kita kembali lagi dengan mendendangkan lagu-lagu kegemaran anda.

Buat masa ini, Kita masih lagi dalam percubaan dan sedikit masa lagi Radio Kita akan bersiaran seperti biasa dan akan menjanjikan yang terbaik untuk anda.

Selamat Tahun Bharu Hijrah 1433

KITA mengucapkan selamat menyambut kehadiran awal tahun 1433 H. kepada semua pengunjung. Semoga dengan kehadiran tahun bharu ini akan memberikan sesuatu yang bermakna untuk anda semua.

Banyak peristiwa suka duka sepanjang tahun lalu yang kita alami. Segalanya diharapkan menjadi pengalaman bermakna untuk kita terus melangkah ke hadapan.

Kegagalan dan ketidaksampaian bukan penghalang dan noktah dalam perjuangan. Ia merupakan cabaran yang harus kita tempuhi. Kita perlu lebih bersedia dan lebih gagah melangkah menuju jaya yang pastinya ada di hadapan.

KITA mendoakan semoga tahun yang baru menjelma ini adalah tahun anda. Tahun kegemilangan. Tahun kejayaan. Semoga Allah sentiasa bersama anda, melindungi, merahmati dan meredgai segala usaha anda.

Siaran Tergendala

KITA merasa kesal dengan apa yang berlaku. Kini Radio KITA tidak dapat bersiaran seperti biasa buat seketika ini.

Siaran Radio KITA akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Segala kesukaran, KITA banyak-banyak memohon maaf.

Kucing pandai urut

Published with Blogger-droid v2.0.1

Selamat Hari Raya Idul Adha 1432

Radio KITA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada semua pengunjung.

Semoga segala pengorbanan kita akan diberi ganjaran oleh Allah dan kita digolongkan sebagai hamba-Nya yang sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja demi agama-Nya.

Selamat menyambut hari raya Idul Adha

KITA mengucapkan Selamat menjalankan ibadah qurban kepada semua pengunjung. Semoga segala ibadah yang anda lakukan diterima Allah dan mendapat ganjaran berlipat ganda.

Ceramah Malam Ini 15/3/2011

Anda semua dijemput menghadiri majlis bersama tuan guru haji baqi dari pondok gau, pahang selepas isyak malam ini di surau nurul yaqin, ipg kent.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Surat jemputan intraksi Mac 2011

Kepada semua pelajar j-QAf Kent ambilan 2011. Anda diminta muat turun (download) surat panggilan Interaksi pertengahan bulan Mac ini dan berikan kepada GB di http://ipkent.edu.my
Published with Blogger-droid v1.6.7

sedutan buku

Published with Blogger-droid v1.6.6

Pendaftaran pelajar j-QAF Ambilan Januari 2011

24 Jan 11- Seramai 46 pelajar telah melapor diri hari ini di IPG Kent. Kebanyakan mereka dari negeri Kelantan.
Published with Blogger-droid v1.6.6

Derma Ikhlas

Rm134090 dperlukan. Mohon sumbangan ikhlas dana SEKOLAH TAHFIZ penubuhan sri al-hafidz dbandar sierra kk. Bimb no akaun. 10 016 01 007821 0. Sebarkan
Published with Blogger-droid v1.6.4

HANTU MANA CURI WANG ZAKAT KITA

Dipetik dari malaysiakini

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan
eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin
lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena
dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di
negara.


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara -
antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa
dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan
sejauh mana ketepatannya.


"Ya, Itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak.
Namun, kita terpaksa nyatakan.


"Apa Tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya
diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita
lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang
terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang
dilaporkan media baru-baru ini.


"Ke Mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama
di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


Menurut Laporan
Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu,
70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam
Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP
mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus
merempat


Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada
Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265
seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin
ditinggalkan.


Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir
RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai
RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi
kapasiti tangki.


Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata,
pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika
ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus
menderita dan merempat.


"Hantu Manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita,
sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan
siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai
berserban?


"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama
Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian,"
katanya dengan nada sinis.


Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan
kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah
semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan
pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan
umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf
amilin


"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang)
didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan
kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.


"Apa Yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati
terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ
(Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai
negeri.


"Adakah Wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan
umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil
kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat),
sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil
berlebihan," kata Dr Mohd Asri.


Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis
keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti
"institusi-institusi yang berjenama agama".


"Ia Akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut
menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini
yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang
meragukan," katanya.


Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah
pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang
boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.


"Itu Pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran
yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama
akan berulang," tambahnya lagi.
—----------------------------
ULASAN

Di antara 15 perkara yang disebut dalam hadis mengundang bala ialah apabila zakat dijadikan barang dagangan untuk mendapat keuntungan.

Wang zakat ini milik 8 asnaf yang disebutkan dalam Quran. Ini bermakna tiada siapa selain mereka yang layak menggunakannya. Haram bagi mereka yang diluar dari 8 asnaf ini menukmati hasil zakat.

Apa yang berlaku sangat mengecewakan dan tidak patut berlaku kepada sebuah negara yang kerajaannya hari-hari melaungkan kita adalah sebuah negara Islam contoh.

Betapa ramai faqir miskin makin merempat, para pelajar di dalam dan luar negara yang tidak cukup sara hidup. Bila memohon bantuan dari mana-mana pusat zakat, bykan main ketat lagi syaratnya.

Dalam masa yang sama, para pengurus dan pegawai zakat membolot wang dengan berbagai program dan projek kononnya mengembangkan dana. Mereka tidak segan silu membazirkan wang zakat ketika mereka membacakan ayat-ayat suci meminta umat Ilam memberi zakat kepada pusat zakat.

Akhirnya wang zakat menjadi dana kekayaan para pegawai yang langsung tiada kaitan dengan 8 asnaf.

Benarlah kata hadis, jika wang zakatpun mereka tidak tau menguruskannya, memang patut bala Allah menimpa.
Published with Blogger-droid v1.6.3

Hadis 3

On the authority of Aboo `Abd ir-Rahmaan `Abdullaah, the son of `Umar ibn al-Khattab radiAllaahu 'anhumaa, who said: I heard the Messenger of Allaah (sallAllaahu alayhi wa sallam) say:

Islaam has been built on five [pillars]:

testifying that there is no deity worthy of worship except Allaah and that Muhammad is the Messenger of Allaah,

establishing the salaah (prayer),

paying the zakaah (obligatory charity),

making the Hajj (pilgrimage) to the House,

and fasting in Ramadaan.

Related by al-Bukhari and Muslim.

excerpt from 40 hadiths of imam An-Nawawi'>The Pillars of Islam
Published with Blogger-droid v1.5.9